::MURABBI::

>> Tuesday, March 15, 2011

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Selawat dan Salam buat Junjungan Nabi S.A.W dan para Sahabat r.a..

Salam kunjungan buat sahabat dan sahabiah yang sudi ziarah blog kami..
Ahlan wasahlan wamarhaban bikum..syukran jazilan..

Asif jiddan kerana sekian lama blog batch kami terdiam begitu sahaja tanpa pengisian atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan..mungkin atas sebab kekangan masa, study pada tahun lepas yg mana sem terakhir bagi kami di U.P.S.I.. dan..latihan ilmiah..alhamdulillah kami semua dapat melaksanakan sebaik-baiknya walaupun terdapat sedikit kelemahan yang terjadi dan kami rasa itu adalah ujian tarbiyyah buat kami untuk terus lebih kuat dalam menghadapi cabaran sebagai seorang ‘Murabbi’..Thanks to Allah..!!

Alhamdulillah kami sedang menjalani praktikum yang mana sem terakhir untuk kami terus berjuang dalam medan ilmu..mohon doa dari kalian..kepada murabbi kami yang tidak jemu-jemu memberi dorongan,sokongan dan juga kritikan yang membina untuk kami terus berjuang dalam mendidik anak-anak bangsa, syukran jazilan..jasa kalian akan kami kenang sehingga kami ‘syahid’..

Pesanan yang cukup berhikmah buat kami: “ Kita hendaklah bukan sekadar mengajar tetapi ‘mendidik’ dengan acuan berteraskan Al-Qur’an dan As-Sunnah..bukan kerana ‘gaji’, ‘pangkat’ yang mana ia langsung menghilangkan keberkatan dalam menuntut, mengajar ilmu dan sebagainya..

dan masih jelas di fikiran, pesanan seorang ustazah:

‘Jagalah akhlak sebagai seorang Guru Agama dan jangan jadikan orang lain sentiasa memikirkan masalah kita’

Buat sahabat-sahabat yang sentiasa d’Hearty..semoga antum terus najah fi dunia wal akhirat..
Bersabarlah dalam mendidik anak-anak didikmu..fastabiqul khoirat..

Diriwayatkan dari fudail bin ‘ayyad r.a, bahawa rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Orang berilmu yang berusaha mencipta, orang yang mahu mengajarkan ilmunya akan didoakan oleh seluruh penghuni kerajaan langit” (Riwayat Imam Tirmidzi)

Ukhuwah fillah Abadan abadaa..



Bingkisan nurani..

Read more...

::SOLAT HAJAT PERDANA DAN CERAMAH MOTIVASI::

>> Saturday, April 10, 2010

::SOLAT HAJAT PERDANA DAN CERAMAH MOTIVASI::


TARIKH:
13 APRIL 2010

TEMPAT:
DEWAN KOLEJ UNGKU OMAR (KUO)

TARIKH:
14 APRIL 2010

TEMPAT:
SURAU AL-FALAH

TARIKH:
15 APRIL 2010

TEMPAT:
FOYER KOLEJ HARUN AMINURRASYID (KHAR)


MASA:
7:30-10:00 MALAM


SEMUA WARGA UPSI DIJEMPUT MENGIMARAHKANNYA


ANJURAN: EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH MPP 09/10

DENGAN KERJASAMA: EXCOLATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH KOLEJ-KOLEJ

KEDIAMAN DAN PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM UPSI

Read more...

Penundaan Sesi Ujian INGOTs

::PERHATIAN PADA PELAJAR PENDIDIKAN ISLAM (AT35) SEM 5 DAN 6::


Salam..


Sesi ujian INGOTs yang dijadual esok pagi dan petang,iaitu 9 APRIL 2010, AKAN DITUNDA selepas final exam UTM 1013 iaitu pada 29 April 2010.



Kehadiran akan diambil dan 5 markah akan diberikan.



Sila maklumkan kepada saya jika tidak dapat hadir.



Sekian. Harap maklum.



Cik Asmara Alias


Pensyarah UTM 1013

SEM II 2009/2010

Read more...

::JADUAL PENDAFTARAN & PRA-PENDAFTARAN KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA SEMESTER 1 SESI 2010/2011::

>> Monday, March 29, 2010

PERHATIAN
JADUAL PENDAFTARAN & PRA-PENDAFTARAN KURSUS
IJAZAH SARJANA MUDA
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KATEGORI
PELAJAR

TARIKH

CATATAN

Pelajar Lama
- Bagi pelajar Semester 5,6,7,8,9,10,11,12

(Pra-Pendaftaran)

2 April 2010
hingga
6 April 2010

Sila Rujuk Jadual Pendaftaran dan Pra-pendaftaran Semester 1 Sesi 2010/2011 di fakulti/kolej kediaman masing-masing.

Pelajar Baharu Mulai Ambilan Julai 2008

  1. Bagi pelajar Semester 1, 2 ,3 & 4

(Pendaftaran Kursus)

Sem 4

7/4/2010 - 10/4/2010

Sem 3

11/4/2010 - 14/4/2010

Sem 1 &2

15/4/2010 -20/4/2010



Peringatan :

  • Pelajar perlu dapatkan Maklumat Jadual Kuliah Dalam Bentuk Cakerapadat (CD-R) di fakulti masing-masing. Pelajar juga perlu mendaftar kursus setelah memastikan kursus-kursus yang hendak didaftarkan Jadualnya tidak bertindih. Pelajar perlu menyusun sendiri jadual kuliah dan memilih kumpulan bagi kursus seperti yang dikeluarkan oleh Universiti. Pelajar juga perlu mendaftar mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) berdasarkan kepada semester pengajian masing-masing (rujuk kepada Jadual Pra-Pendaftaran dan Pendaftaran Kursus Semester 1 Sesi 2010/2011).
  • Pelajar tidak perlu lagi mengikut Pakej Semester semasa memilih kursus yang hendak didaftarkan. Walaubagaimanapun pelajar perlu memastikan kursus yang didaftarkan adalah mengikut Struktur Program Pengajian masing-masing.
  • Sebarang masalah dan pertanyaan sila rujuk fakulti masing-masing. Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus ini akan dilakukan secara online sepenuhnya.
  • Sekiranya Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus tidak dilakukan pada tarikh yang ditetapkan DENDA akan dikenakan sebanyak RM30/kursus + RM5 (tidak membuat Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus).

Read more...

::SEMINAR CERDIK HUFFAZ::

>> Thursday, February 4, 2010

...Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
..Selawat dan Salam buat Junjungan Nabi S.A.W..
..Salam ukhuwah fillah..

Makluman buat semua mahasiswa dan mahasiswi UPSI, anda dijemput untuk mengikuti

SEMINAR CERDIK HUFFAZ

Tarikh: 7/ 2/ 2010
22 safar 1431H

Hari: Ahad

Masa: 8.00am - 1.00pm

Yuran: RM 3

Tempat: Auditorium Utama UPSI

PENCERAMAH JEMPUTAN:

1) Ust. Mohamad Marzuki bin Abdul Rahim
(Pensyarah Jabatan Al-Quran, Darul Quran)

2) Ust. Shaharuddin bin Saad
(Kolej Unversiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS)

Anjuran:
Jabatan Pengajian Islam

Dengan Kerjasama:
Pusat Islam dan Persatuan Pendidikan Islam UPSI.

P/S: Pengangkutan disediakan

Penyertaan diwajibkan kepada semua Major Pendidikan Islam dan
dialu-alukan kepada pelajar Minor Pendidikan Islam dan seluruh mahasiswa/i UPSI.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

0194499493 (faizah)
0194429368 (nasuha)

Read more...

::WACANA ILMU MUSIM KE-3::

>> Monday, February 1, 2010

Bismillahirramanirrahim..selawat dan salam buat junjungan Nabi S.A.W..


WACANA ILMU MUSIM KE-3

TARIKH:
RABU, 3 FEBRUARI 2010
18 SAFAR 1431H

TEMPAT:
DEWAN KULIAH A

MASA:
2.30 P.M-4.00 P.M

TAJUK:
ISU-ISU PENDIDIKAN

PEMBENTANG:
DR.MISNAN JEMALI
(PENSYARAH FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN)


"Semua Mahasiswa dan Mahasiswa dijemput hadir"

ANJURAN:
JABATAN PENGAJIAN ISLAM
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
DENGAN KERJASAMA PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM


Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP