::MURABBI::

>> Tuesday, March 15, 2011

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Selawat dan Salam buat Junjungan Nabi S.A.W dan para Sahabat r.a..

Salam kunjungan buat sahabat dan sahabiah yang sudi ziarah blog kami..
Ahlan wasahlan wamarhaban bikum..syukran jazilan..

Asif jiddan kerana sekian lama blog batch kami terdiam begitu sahaja tanpa pengisian atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan..mungkin atas sebab kekangan masa, study pada tahun lepas yg mana sem terakhir bagi kami di U.P.S.I.. dan..latihan ilmiah..alhamdulillah kami semua dapat melaksanakan sebaik-baiknya walaupun terdapat sedikit kelemahan yang terjadi dan kami rasa itu adalah ujian tarbiyyah buat kami untuk terus lebih kuat dalam menghadapi cabaran sebagai seorang ‘Murabbi’..Thanks to Allah..!!

Alhamdulillah kami sedang menjalani praktikum yang mana sem terakhir untuk kami terus berjuang dalam medan ilmu..mohon doa dari kalian..kepada murabbi kami yang tidak jemu-jemu memberi dorongan,sokongan dan juga kritikan yang membina untuk kami terus berjuang dalam mendidik anak-anak bangsa, syukran jazilan..jasa kalian akan kami kenang sehingga kami ‘syahid’..

Pesanan yang cukup berhikmah buat kami: “ Kita hendaklah bukan sekadar mengajar tetapi ‘mendidik’ dengan acuan berteraskan Al-Qur’an dan As-Sunnah..bukan kerana ‘gaji’, ‘pangkat’ yang mana ia langsung menghilangkan keberkatan dalam menuntut, mengajar ilmu dan sebagainya..

dan masih jelas di fikiran, pesanan seorang ustazah:

‘Jagalah akhlak sebagai seorang Guru Agama dan jangan jadikan orang lain sentiasa memikirkan masalah kita’

Buat sahabat-sahabat yang sentiasa d’Hearty..semoga antum terus najah fi dunia wal akhirat..
Bersabarlah dalam mendidik anak-anak didikmu..fastabiqul khoirat..

Diriwayatkan dari fudail bin ‘ayyad r.a, bahawa rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Orang berilmu yang berusaha mencipta, orang yang mahu mengajarkan ilmunya akan didoakan oleh seluruh penghuni kerajaan langit” (Riwayat Imam Tirmidzi)

Ukhuwah fillah Abadan abadaa..



Bingkisan nurani..

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP