::MEMORI KAMI BERSAMA::

>> Sunday, January 17, 2010


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Nabi S.A.W..

salam kunjungan buat sahabat dan sahabiah yang sudi ziarah blog kami..Ahlan wasahlan wamarhaban bikum..syukran jazilan..

sedikit pengenalan mengenai kami 36 orang pelajar yang terdiri dari 9 orang Mahasiswa dan 27 Mahasiswi..kami adalah kelahiran pertama bagi program Pendidikan Islam (AT35) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)..Syukur di atas nikmat yang Allah S.W.T berikan kerana kami masih kekal 36 orang dan diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi barakah yang indah ini..Alhamdulillah..

Di sini, kami menyertakan sedikit gambar kenangan kami bersama ketika program yang telah dijalankan iaitu lawatan ilmiah yang bertemakan “Eksplorasi Khazanah Islam” pada 22 dan 23 Oktober 2009 yang bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perpustakaan Awam Islam dan Muzium Kesenian Islam. Lawatan ini diadakan selama dua hari satu malam dan diiringi oleh dua orang pensyarah pengiring iaitu Ustazah Wahibah binti Twahir@Hj. Tahir selaku penasihat pensyarah kursus LIT 3023 Sejarah Islam dan penasihat program manakala Ustaz Anhar bin Opir selaku penceramah jemputan dalam salah satu slot aktiviti kami iaitu Wacana Khazanah Islam.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP